PDPA 2010

Notis Privasi

Dikemas kini: November 2026

Data yang kami kumpul

Apabila anda menghantar borang enquiry, kami menyimpan nama, emel, nombor telefon, nama syarikat (jika diberi) dan butiran projek anda. Kami juga merekod halaman sumber dan tag kempen (UTM) untuk memahami dari mana enquiry datang. Alamat IP tidak disimpan — hanya cincangan (hash) untuk mengelakkan spam.

Tujuan

Data digunakan hanya untuk menjawab enquiry anda, menyediakan sebut harga dan berhubung mengenai projek berkaitan. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

Penyimpanan & keselamatan

Data disimpan di pelayan kami di dalam pangkalan data yang hanya boleh diakses oleh pentadbir yang log masuk, dengan sandaran berkala.

Hak anda

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.

Hubungi kami mengenai privasi: adli@afdigitaldesign.com